TENTANG ARAFEEQ
Mengenali Arafeeq
Arafeeq ialah event organiser yang membantu NGO, syarikat dan organisasi merancang serta melaksanakan program al-Quran dan pendidikan.
Kami menguruskan pelbagai keperluan pelaksanaan program, daripada pendaftaran peserta dan teknikal Zoom hingga landing page, website, program hybrid serta keperluan acara.
Dengan pengalaman mengendalikan program secara fizikal, dalam talian dan hybrid, kami membantu penganjur memastikan urusan program berjalan dengan lebih teratur supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada pengisian dan peserta.
Visi Kami
Menjadi event organiser yang dipercayai dalam pengurusan program al-Quran dan pendidikan, serta menyokong usaha melahirkan masyarakat yang dekat dengan al-Quran.
Misi Kami
Menguruskan pelaksanaan program al-Quran dan pendidikan secara profesional, daripada perancangan hingga selesai, serta membantu NGO, syarikat dan organisasi melaksanakan program melalui pengurusan pendaftaran, teknikal dan keperluan acara.
kenapa pilih kami?
Fokus Utama Arafeeq
1. Pengurusan Pengiklanan & Pemasaran Program
Membantu meningkatkan capaian dakwah dan promosi program melalui strategi komunikasi yang kreatif, berkesan dan berfokus sasaran.
2. Pengurusan Pendaftaran & Sokongan Peserta
Menyediakan sistem pendaftaran yang tersusun, automasi data, serta pengalaman pembelajaran yang mesra peserta dari awal hingga akhir program.
3. Pengurusan Teknikal Program
Menjamin kelancaran setiap sesi fizikal atau dalam talian melalui sokongan teknikal yang cekap, profesional dan mesra pengguna.
Untuk program hybrid berskala besar, ARafeeQ bekerjasama dengan vendor berpengalaman.


tentang arafeeq
Pengenalan
ARafeeQ Learning Resources ialah sebuah syarikat sokongan pengurusan program yang memfokuskan kepada pembelajaran al-Qur’an, tadabbur, bahasa Arab dan tarbiyah ruhani.
Kami berperanan sebagai penyelaras utama bagi kelas, bengkel, dan acara dakwah berimpak tinggi melalui kerjasama rapat bersama para asatizah, trainer, serta pakar dalam bidang al-Qur’an.
Sebagai entiti yang mengutamakan nilai ilmu dan keberkatan, ARafeeQ komited memperkukuh jaringan dakwah melalui pendekatan pengurusan yang profesional, sistematik, dan mesra penganjur.
Visi
Menjadi peneraju dalam pengurusan program dakwah dan pendidikan al-Qur’an yang berimpak tinggi serta membina generasi yang cinta ilmu dan berjiwa rabbani.
Misi
Pasukan Kami
Siapa Kami
Bertemu dengan pasukan berdedikasi di sebalik kejayaan program kami.
Puan Nazrah
Pengurusan
Puan Anisah
Pentadbiran
Puan Jalwa
Kewangan
Puan Shamsiah
Pelaksana
Puan Emme
Pemasaran
Puan Aifa
Multimedia
Bersama Kami
Mulakan Perjalanan Pembelajaran Bersama Arafeeq Hari Ini
Jangan tunggu lagi! Hubungi kami untuk mengetahui bagaimana kami dapat membantu program anda mencapai kejayaan.